Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Hari ini pada 1 March 2017 saya diberikan tugas untuk menulis sebuah cerita bebas. Selain itu, saya menulis pos ini dalam bahasa melayu kerana pensyarah saya memberikan peluang untuk menulis cerita dalam bahasa melayu memandangkan pos saya sebelum ini dalam bahasa inggeris.
Tajuk yang akan saya pos adalah cara menghargai ibu bapa. Ya betul, mungkin tajuk ini tidak menarik seperti rakan-rakan saya yang lain tapi sekurang-kurangnya boleh memberikan sedikit manfaat kepada orang lain bahkan diri saya sendiri. Jadi, jangan bosan untuk baca :)
CARA MENGHARGAI IBU BAPA
- Lemah-lembut Semasa BerbicaraApabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam setiap perkara. Lidah umpama belati yang tajam menghiris setiap hati manusia dengan kata-kata. Pastikan setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia. Dan pastikan juga setiap perkataan dan ayat yang disebut tidak menyakiti ibu dan ayah kita.
- Gembirakan Hati MerekaSemasa kecil, ibu dan ayah sentiasa memenuhi permintaan kita dengan harapan kita gembira. Balaslah jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka. Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang boleh dibincangkan. Secara mudahnya, usah sesekali mengguris hati mereka.
- Doakan Ibu BapaDoa merupakan senjata orang mukmin. Biar jauh beribu batu tapi jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahupun wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.
- Hubungi Mereka Walau di Mana Kita BeradaHubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang mungkin. Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka. Hargailah ibu dan ayah anda. Tanpa mereka siapalah kita. Cintailah mereka tanpa syarat kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.
- Hargai mereka Pada Hari Lahir KitaBiasanya, ramai orang menyambut 'Birthday' dengan kawan-kawan. Jarang kita dengar ada yang hubungi ibu yang melahirkan kita. Ramai yang berseronok dengan kawan-kawan sehingga melupakan orang yang meraung kesakitan ketika melahirkan kita. Percayalah, setiap ibu akan menunggu anak-anak mengucapkan "Terima kasih mak" pada hari lahir anak-anaknya.
- Peluk Dan Cium Ibu Bapa SelaluSemakin mereka bertambah usia, semakin sensitif. Mahupun luaran tidak menunjukkan mereka ingin dipeluk dan disayang, ibu-bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Rumah yang pada masa dahulu penuh dengan nilai tawa, semakin suram. Anak-anak yang jarang melawat membuat mereka semakin terasa keseorangan. pelukan dari cucu tidak sama dengan pelukan anak sendiri. Anda akan rasa sebak bila memeluk orang yang telah melahirkan kita.
nice sharing
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletevery inspiring me :)
ReplyDeletegoodddn awiii..nice post
ReplyDeleteAwesome awii
ReplyDeleteAwesome awii
ReplyDelete