Tuesday, 28 March 2017

Tips Berucap Di Khalayak Ramai

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,
Kebanyakkan orang tidak kira muda, tua, remaja, dewasa, saya pasti ada sebahagian orang yang gemuruh untuk bercakap di hadapan terutama sekali di hadapan orang yang tidak dikenali. Tidak dinafikan bahawa saya juga gemuruh untuk bercakap di hadapan khalayak ramai tetapi saya akan terus berusaha untuk kuatkan semangat saya ketika berucap. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang "Tips Berucap Di Khalayak Ramai".

                                 Image result for bercakap di khalayak ramai


  1. Pastikan diri anda bersedia
    Sebelum memberikan ucapan atau bercakap dihadapan khalayak ramai, anda hendaklah memastikan diri anda cukup bersedia untuk berucap. Sediakan diri anda dengan apa yang anda ingin sampaikan. Pastikan semua isi, huraian dan contoh berada dalam ingatan anda. Jangan sesekali berucap dengan keadaan diri yang tidak bersedia.
  2. Bayangkan anda bercakap dengan rakan-rakan
    Terdapat sesetengah pelajar yang tidak dapat bercakap dan berucap di khalayak ramai atas alasan terlalu gementar dengan orang yang tidak dikenali di hadapan mereka. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, senang sahaja caranya adalah dengan membayangkan semua pendengar di hadapan anda itu adalah rakan-rakan rapat anda. Melalui cara ini, anda tidak akan berasa kaku apabila berucap di hadapan rakan anda.
  3. Tarik nafas dan bertenang
    Berikut merupakan satu cara yang sangat efektif untuk berucap di hadapan orang ramai. Cuba bertenang terlebih dahulu, pejam mata dan kawal degupan jantung anda. Tarik nafas perlahan-lahan dan cuba bayangkan semuanya akan menjadi baik. Walaupun degupan jantung anda semakin kencang, cuba untuk relaks dengan memikirkan perkara lain. Kaedah ini akan membantu anda untuk berucap dengan lebih spontan dan bersahaja.
  4. Sentiasa senyum
    Melalui senyuman, anda bukan sahaja telah menenangkan diri anda, anda juga dapat menambat hati pendengar anda sekaligus. Cara ini juga dapat melindungi ekspresi wajah anda yang gementar dan gugup.

    Maka berakhirlah tips untuk berucap di khalayak ramai yang dapat saya kongsikan. Jadi, saya harap tips-tips ini dapat membantu pembaca sekalian dalam kehidupan seharian.

Tuesday, 14 March 2017

Internet Services and Types of Website

Hello Everyone! Today i want to share with you guys about internet services and types of website. SO, i hope this post will help you guys in knowing the topic.

INTERNET SERVICES


TYPES OF WEBSITES


I hope you guys enjoys my post :)